Pengenalan
Abu
Hurairah r.a. dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama kecil beliau sebelum
memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyur
adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal dari
qabilah al-Dusi di Yaman. Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah
ketika Rasulullah S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya
masih belum menerima Islam bahkan menghina Nabi. Abu Hurairah r.a. lalu bertemu
Rasulullah S.A.W. dan meminta baginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian
Abu Hurairah r.a. menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata
ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.
Setelah
pulang dari Perang Khaibar, Rasulullah S.A.W. memperluas Masjid Nabawi ke arah
barat dengan menambah ruang sebanyak tiga tiang lagi. Abu Hurairah r.a. turut
terlibat dalam perluasan masjid ini. Ketika dilihatnya Rasulullah S.A.W. turut
mengangkat batu, ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu kepadanya.
Rasulullah S.A.W. menolak seraya bersabda, “Tiada kehidupan sebenarnya,
melainkan kehidupan akhirat.”
Abu
Hurairah r.a. pernah salah dalam menimbang makanan yang lezat sehingga dia
dikenakan hukuman dipukul oleh Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun Abu
Hurairah r.a. gembira “Karena Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada
orang yang pernah merasa disakitinya baik secara sengaja atau tidak,” katanya.
Begitu
cintanya kepada Rasulullah S.A.W. sehingga siapa pun yang dicintai, ia ikut
mencintainya. Misalnya,ia suka mencium Hasan dan Husain, karena melihat
Rasulullah S.A.W.mencium kedua cucunya itu.
Gelar
Abu Hurairah r.a. adalah karena kegemarannya bermain dengan anak kucing.
Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W.
dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. ketika dia menunjukkan anak
kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh
Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih dikenal dengan nama Abu Hurairah
r.a..
Abu
Hurairah r.a. berpindah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana ia bekerja
menjadi buruh kasar bagi siapa yang memerlukannya Sering kali dia mengikatkan
batu ke perutnya, kerana menahan lapar yang amat sangat. Malah diceritakan
bahawa dia pernah berbaring berhampiran mimbar masjid sehinggakan orang
menyangka dia kurang waras. Rasullullah S.A.W. yang mendengarkan masalah
tersebut, segera menemui Abu Hurairah r.a. yang menjelaskan bahawa dia
berbuat sedemikian kerana lapar, lalu Rasullullah S.A.W. pun segera memberinya
makanan.
Abu
Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenal
sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang miskin atau sedang
menuntut ilmu dan tinggal di halaman masjid. Beliau begitu dekat dengan Nabi
S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan
ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibagikan.
Pernah
pula pada suatu ketika, dia duduk di pinggir jalan tempat orang biasanya
berlalu lalang sambil mengikatkan batu ke perutnya. Dilihatnya Abu Bakar r.a
melintas. Lalu dia minta dibacakan satu ayat Al-Quran. “Aku bertanya begitu
supaya dia mengajakku ikut, memberiku pekerjaan,” tutur Abu Hurairah r.a.. Tapi
Abu Bakar r.a. cuma membacakan ayat, lantas berlalu.
Dilihatnya
Umar ibn Khattab r.a.. “Tolong ajari aku ayat Al-Quran,”
kata Abu Hurairah
r.a.. Ternyata dia kecewa sekali lagi kerana Umar r.a.melakukan hal yang sama.
Tak
lama kemudian Rasullullah S.A.W. pula yang lewat. Nabi tersenyum. “Beliau
tahu apa isi hati saya. Beliau dapat membaca raut muka saya dengan tepat,”
tutur Abu Hurairah r.a..
“Ya
Aba Hurairah!” panggil Nabi.
“Labbaik,
ya Rasulullah!”
“Ikutlah
aku!”
Beliau
mengajak Abu Hurairah r.a. ke rumahnya. Di dalam rumah didapati semangkok susu.
“Dari mana datangnya susu ini?” tanya Rasulullah S.A.W.. Beliau diberitahu
bahwa seseorang telah memberikan susu itu.
“Ya
Aba Hurairah!”
“Labbaik,
Ya Rasulullah!”
“Tolong
panggilkan ahli shuffah,” kata Rasullullah S.A.W. Susu tadi lalu
dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah r.a.. Sejak itulah, Abu
Hurairah r.a. mengabdi kepada Rasullullah S.A.W. , bergabung dengan ahli
shuffah di pondok masjid.
Abu
Hurairah r.a. berhasil meriwayatkan banyak hadis karena beliau sentiasa dekat
dengan Rasulullah selama 3 tahun, setelah memeluk Islam. Ini sebagaimana yang
di riwayatkan olehnya :-
Terjemahannya
:-
…
sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan
mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka
sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. ‘Ala Mil’i
Batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafal pada masa
mereka lupa.
(HR. Bukhari)
Pada
mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau mengadu
kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah r.a. diberkati
dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan
dengan daya ingatan yang kuat yang membuat beliau mampu meriwayatkan jumlah
hadis terbanyak di kalangan para sahabat.
KISAH
ABU HURAIRAH R.A. MENJAGA GUDANG ZAKAT.
Dikisahkan
pada satu ketika Abu Hurairah r.a. iamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk
menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. melihat
seseorang mengendap-gendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun
hendak dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu memohon minta
dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk memenuhi kebutuhan
keluarganya yang kelaparan.
Abu
Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan pesan agar
tidak mengulangi perbuatannya lagi.
Keesokkan
harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah
S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.
Ternyata
keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a.
menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya kehadapan Rasulullah S.A.W. Sekali
lagi, pencuri itu memohon agar dibebaskan sehingga Abu Hurairah r.a. merasa
kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal
tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang mengulangi sabdanya bahawa pencuri itu
pasti akan kembali.
Setelah
pencuri itu ditangkap sekali lagi pada malam berikutnya, Abu Hurairah r.a.
mengancam akan membawanya kehadapan Rasulullah S.A.W. Pencuri itu meminta
belaskasihan agar dibebaskan sekali lagi. Melihat Abu Hurairah r.a. enggan
melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik jika
ia di bebaskan. Pencuri itu berkata bahwa jika seseorang membaca ayat Kursi
sebelum tidur, syaithan tidak akan menggangguinya.
Abu
Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu
melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melaporkan peristiwa tersebut kepada
Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. bersabda, pencuri yang ditemuinya itu
adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu
adalah benar. Sebenarnya pencuri itu adalah syaithan yang dilaknat.
Walaupun
Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang miskin pada mulanya, ia telah dipinang
oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti
Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari
membedakan kelas kepada menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia
karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih
dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan
sebagai ukuran kemuliaan.
Sejak
menikah, Abu Hurairah r.a. membagi malamnya kepada tiga bagian: untuk membaca
Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Ia dan
keluarganya tetap hidup sederhana walaupun telah menjadi orang berada. Abu
Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di
Madinah untuk pembantu-pembantunya.
Rasulullah
S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah r.a. berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala
ibn Abdillah Al-Hadrami r.a. Dia juga pernah diutus bersama Quddamah r.a. untuk
mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa
At-Tamimi.
Mungkin
disebabkan oleh kepercayaan Rasulullah itu, Abu Hurairah r.a. diangkat menjadi
gubernur Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah,
Umar r.a. memecatnya kerana Abu Hurairah r.a. dituduh menyimpan uang yang
banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika disidang, Abu Hurairah r.a. berhasil
membuktikan bahawa harta itu diperolehnya dari berternak kuda dan pemberian
orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Lalu dia
diminta menerima jabatan Gubernur kembali, tapi Abu Hurairah r.a. menolak.
Penolakan
itu diiringi lima alasan. “Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku takut
memutuskan perkara bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak mau disebat;
aku tak mau harta benda hasil pencarianku disita; dan aku takut nama baikku
tercemar,” katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi warga biasa
yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.
Khalifah
Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan hadis
dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar kabar
angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah
baru dibatalkan setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya
hadis palsu.
Hadis
itu berbunyi,
“Barangsiapa
yang berdusta padaku (Nabi S.A.W.) secara sengaja, hendaklah mempersiapkan diri
duduk dalam api neraka.” Hadis ini diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Dawud,
At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, dan Ahmad ibn Hanbal.
Ketika
kediaman Amirul Mukminin Ustman ibn Affan r.a. dikepung pemberontak, dalam
peristiwa yang dikenal sebagai al-fitnatul kubra (fitnah/bencana besar), Abu
Hurairah r.a. bersama 700 orang Muhajirin dan Anshar tampil mengawal rumah
tersebut. Meski dalam keadaan siap untuk bertempur, Khalifah Ustman ibn Affan
r.a. melarang pengikut setianya itu memerangi kaum pemberontak.
Pada
masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a. , Abu Hurairah r.a. menolak tawaran
menjadi gubernur Madinah. Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan
lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap tidak memihak dan menghindari
fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah r.a. dilantik menjadi gubernur
Madinah setelah diusulkan oleh Marwan ibn Hakam. Di Kota Penuh Cahaya
(Al-Madinatul Munawwarah) ini pula ia mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau
58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak
5,374 hadis.
Hadis
Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis,
oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis.
Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis
lainnya.
Terdapat
pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di
sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz
Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya
termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam
seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu
Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa
al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.
Selain
dari golongan ini terdapat juga kritikan kuat dari golongan Syiah. Ini mungkin
disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan pendukung Ustman ibn Affan r.a. dan juga
pernah menjadi pegawai dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jabatan gubernur
ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan tidak adanya hadis yang berisi pujian atau
pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain
Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.
Akrab Dengan Kelaparan
Tokoh kita ini biasa berpuasa sunah
tiga hari setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam penanggalan Hijri),
mengisi malam harinya dengan membaca Al-Quran dan salat tahajud. Akrab dengan
kemiskinan, dia sering mengikatkan batu ke perutnya, guna menahan lapar. Dalam
sejarah ia dikenal paling banyak meriwayatkan hadis. Dialah Bapak Kucing Kecil
(Abu Hurairah), begitu orang mengenalnya.
“Aku sudah dengar pergunjingan
kalian. Kata kalian, Abu Hurairah terlalu banyak meriwayatkan hadis Nabi.
Padahal, para sahabat muhajirin dan anshar sendiri tak ada yang meriwayatkan
hadis Nabi sebanyak yang dituturkan Abu Hurairah. Ketahuilah, saudara-saudaraku
dari kaum muhajirin disibukkan dengan perniagaan mereka di pasar. Sementara
saudara-saudaraku dari anshar disibukkan dengan kegiatan pertanian mereka. Dan
aku seorang papa, termasuk golongan kaum miskin shuffah (yang tinggal di
pondokan masjid). Aku tinggal dekat Nabi untuk mengisi perutku. Aku hadir (di
samping Nabi) ketika mereka tidak ada, dan aku selalu mengingat-ingat ketika
mereka melupakan.”
Abu Hurairah adalah sahabat yang
sangat dekat dengan Nabi. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu
orang-orang papa yang tinggal di pondokan masjid (pondokan ini juga
diperuntukkan buat para musafir yang kemalaman). Begitu dekatnya dengan Nabi,
sehingga beliau selalu memanggil Abu Hurairah untuk mengumpulkan ahli shuffah,
jika ada makanan yang hendak dibagikan.
Karena kedekatannya itu, Nabi pernah
mempercayainya menjaga gudang penyimpan hasil zakat. Suatu malam seseorang
mengendap-endap hendak mencuri, tertangkap basah oleh Abu Hurairah. Orang itu
sudah hendak dibawa ke Rasulullah. “Ampun tuan, kasihani saya,” pencuri itu
memelas. “Saya mencuri ini untuk menghidupi keluarga saya yang kelaparan.”
Abu Hurairah tersentuh hatinya, maka
dilepasnya pencuri itu. “Baik, tapi jangan kamu ulangi perbuatanmu ini.”
Esoknya hal ini dilaporkan kepada Nabi. Nabi tersenyum. “Lihat saja, nanti
malam pasti ia kembali.”
Benar pula, malam harinya pencuri
itu datang lagi. “Nah, sekarang kamu tidak akan kulepas lagi.” Sekali lagi,
orang itu memelas, hingga Abu Hurairah tersentuh hatinya. Tapi, ketika hal itu
dilaporkan kepada Nabi, kembali beliau mengatakan hal yang sama. “Lihat saja,
orang itu akan kembali nanti malam.”
Ternyata pencuri sialan itu
benar-benar kembali. “Apa pun yang kamu katakan, jangan harap kamu bisa bebas.
Sudah dua kali kulepas, kamu tak kapok-kapok juga.”
Eh, pencuri itu malah menggurui.
“Abu Hurairah, sebelum kamu tidur, bacalah ayat kursi agar setan tidak
menyatroni kamu.”
Merasa mendapat pelajaran berharga,
Abu Hurairah terharu. Ah, ternyata orang baik-baik, pikirnya.
“Apa yang dikatakan orang itu memang
benar,” sabda Nabi ketika dilapori pagi harinya. “Tapi orang itu bukan orang
baik-baik. Dia adalah setan. Dia katakan itu supaya dia kamu bebaskan.”
Mengikatkan Batu ke Perut.
Abu Hurairah adalah salah seorang
tokoh kaum fakir miskin. Abu Hurairah sering lapar ketimbang kenyang. Ia sosok
yang teguh berpegang pada sunah Nabi. Ia kerap menasihati orang agar jangan
larut dengan kehidupan dunia dan hawa nafsu. Ia tak membedakan antara kaum kaya
dan kaum miskin, petinggi negeri atau rakyat jelata dalam menyampaikan
kebenaran. Ia pun selalu bersyukur kepada Allah dalam keadaan susah dan senang.
Orang yang nama lengkapnya Abdur
Rahman (versi lain: Abdu Syams) ibn Shakhr Ad-Dausi ini adalah sosok humoris.
Banyak anekdot yang berasal darinya. Ia pun suka menghibur anak-anak kecil. Ia
pecinta kucing kecil. Ke mana-mana dibawanya binatang ini, sehingga julukan Abu
Hurairah (bapak kucing kecil) pun melekat padanya.
Dibanding Nabi, umurnya lebih muda
sekitar 30 tahun. Dia lahir di Daus, sebuah desa miskin di padang pasir Yaman.
Hidup di tengah kabilah Azad, ia sudah yatim sejak kecil, yang membantu ibunya
menjadi penggembala kambing.
Dia masuk Islam tak lama setelah
pindah ke Madinah pada tahun ketujuh hijriah, bersamaan dengan rencana
keberangkatan Nabi ke Perang Khaibar. Tapi ibundanya belum mau masuk Islam.
Malah sang ibu pernah menghina Nabi. Ini membuatnya sedih. Untuk itu, ia
memohon Nabi berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah kembali
menemui ibunya, mengajaknya masuk Islam. Ternyata sang ibu telah berubah,
bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.
Buruh Kasar
Akan halnya kepindahannya ke Madinah
adalah untuk mengadu nasib. Di sana ia bekerja serabutan, menjadi buruh kasar
bagi siapa pun yang membutuhkan tenaganya. Acap kali dia harus mengikatkan batu
ke perutnya, guna menahan lapar yang amat sangat.
Menurut shahibul hikayat, ia pernah
kedapatan berbaring di dekat mimbar masjid. Gara-gara perbuatan aneh itu, orang
mengiranya agak kurang waras. Mendengar kasak-kusuk di kalangan sahabat ini,
Nabi segera menemui Abu Hurairah. Abu Hurairah bilang, ia tidak gila, hanya ia
lapar. Nabi pun segera memberinya makanan.
Suatu kali, dengan masih mengikatkan
batu ke perutnya, dia duduk di pinggir jalan, tempat orang biasanya berlalu
lalang. Dilihatnya Abu Bakr melintas. Lalu dia minta dibacakan satu ayat
Al-Quran. “Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku
pekerjaan,” tutur Abu Hurairah. Tapi Abu Bakr cuma membacakan ayat, lantas berlalu.
Dilihatnya Umar ibn Khattab. “Tolong
ajari aku ayat Al-Quran,” kata Abu Hurairah. Kembali ia harus menelan ludah
kekecewaan karena Umar berbuat hal yang sama. #Tak lama kemudian Nabi lewat.
Nabi tersenyum. “Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau bisa membaca raut muka
saya secara tepat,” tutur Abu Hurairah.
“Ya Aba Hurairah!” panggil Nabi.
“Labbaik, ya Rasulullah!”
“Ikutlah aku!”
Beliau mengajak Abu Hurairah ke
rumahnya. Di dalam rumah didapati sebaskom susu. “Dari mana susu ini?” tanya
Rasulullah. Beliau diberi tahu bahwa seseorang telah memberikan susu itu.
“Ya Aba Hurairah!” *#”Labbaik, Ya Rasulullah!”
“Tolong panggilkan ahli shuffah,” kata Nabi. Susu tadi lalu dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah. Sejak itulah, Abu Hurairah mengabdi kepada Rasulullah, bergabung dengan ahli shuffah di pondokan masjid.
Sepulang dari Perang Khaibar, Nabi
melakukan perluasan terhadap Masjid Nabawi, yaitu ke arah barat dengan menambah
tiga pilar lagi. Abu Hurairah terlibat pula dalam renovasi ini. Ketika dilihatnya
Nabi turut mengangkat batu, ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu
kepadanya. Nabi menolak seraya bersabda, “Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan
kehidupan akhirat.”
Abu Hurairah sangat mencintai Nabi.
Sampai-sampai dia memilih dipukul Nabi karena melakukan kekeliruan ketimbang
mendapatkan makanan yang enak. “Karena Nabi menjanjikan akan memberi syafaat
kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak,”
katanya.
Begitu cintanya kepada Rasulullah
sehingga siapa pun yang dicintai Nabi, ia ikut mencintainya. Misalnya, ia suka
mencium Hasan dan Husain, karena melihat Rasulullah mencium kedua cucunya itu.
Ada cerita menarik menyangkut
kehidupan Abu Hurairah dan masyarakat Islam zaman itu. Meski Abu Hurairah
seorang papa, boleh dibilang tuna wisma, salah seorang majikannya yang lumayan
kaya menikahkan putrinya, Bisrah binti Gazwan, dengan lelaki itu. Ini
menunjukkan betapa Islam telah mengubah persepsi orang dari membedakan kelas
kepada persamaan. Abu Hurairah dipandang mulia karena kealiman dan
kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada
masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran
kemuliaan.
Sejak menikah, Abu Hurairah membagi
malamnya atas tiga bagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga,
dan untuk mengulang-ulang hadis. Ia dan keluarganya meskipun kemudian menjadi
orang berada tetap hidup sederhana. Ia suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan
menyedekahkan rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.
Tugas penting pernah diembannya dari
Rasulullah. Yaitu ketika ia bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami diutus
berdakwah ke Bahrain.
Belakangan, ia juga bersama Quddamah
diutus menarik jizyah (pajak) ke Bahrain, sambil membawa surat ke Amir
Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Menolak Jabatan
Mungkin karena itu, ketika Umar
menjadi amirul mukminin, Abu Hurairah diangkat menjadi gubernur Bahrain. Tapi
pada 23 Hijri Umar memecatnya gara-gara sang gubernur kedapatan menyimpan
banyak uang (menurut satu versi, sampai 10.000 dinar). Dalam proses pengusutan,
ia mengemukakan upaya pembuktian terbalik, bahwa harta itu diperolehnya dari
beternak kuda dan pemberian orang. Khalifah menerima penjelasan itu dan
memaafkannya. Lalu ia diminta menduduki jabatan gubernur lagi, tapi ia menolak.
Penolakan itu diiringi lima alasan.
“Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku takut memutuskan perkara bertentangan
dengan hukum (agama); aku ogah dicambuk; aku tak mau harta benda hasil jerih
payahku disita; dan aku takut nama baikku tercemar,” kilahnya. Ia memilih
tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada
Umar, dan para pemimpin sesudahnya.
Tatkala kediaman Amirul Mukminin
Ustman ibn Affan dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenal sebagai
al-fitnatul kubra (bencana besar), Abu Hurairah bersama 700 orang Muhajirin dan
Anshar tampil mengawal rumah tersebut. Meski dalam posisi siap tempur, Khalifah
melarang pengikut setianya itu memerangi kaum pemberontak.
Pada masa Amirul Mukminin Ali bin
Abi Thalib, Abu Hurairah ditawari menjadi gubernur di Madinah. Ia menolak.
Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi
Sufyan, ia bersikap netral dan menghindari fitnah. Sampai kemudian Muawiyah
berkuasa, Abu Hurairah bersedia menjadi gubernur di Madinah. Tapi versi lain
mengatakan, Marwan ibn Hakamlah yang menunjuk Abu Hurairah sebagai pembantunya
di kantor gebernuran Madinah. Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah)
ini pula ia mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam
usia 78 tahun. Meninggalkan warisan yang sangat berharga, yakni hadis-hadis
Nabi, bak butiran-butiran ratna mutu manikam, yang jumlahnya 5.374 hadis.
“Kesabaran adalah tunjang kekuatan
dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat….”
Semoga
Allah Swt menganugerahkan Syurga Firdaus kepada Abu Hurairah yang memiliki
keteladanan yang tak tergantikan di masa ini dan masa yang akan datang. Amien.